Sunday, September 5, 2010

Puding Roti

Yezza..menu hari ni adalah PUDING ROTI..yummy!

Bahan :
  • 2 cawan susu (saya guna susu d.lady yang dah siap beli)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2/3 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
  • 2 sudu teh serbuk kayu manis (terpulang samaada nk guna @ tak)
  • 1/4 sudu teh buah pala (terpulang samaada nk guna @tak)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawa kismis
  • 3 cawan roti dipotong kecil atau kiub

cara buat :

  1. masukkan susu dalam periuk & panaskan atas api yg sederhana
  2. masukkan mentega dan kacau sampai cair
  3. padamkan api dan biar ianya suam
  4. satukan gula,telur,serbuk kayu manis,serbuk buah pala dan vanila.pukul sehingga sebati
  5. tuangkan susu tadi perlahan2
  6. masukan roti kedalam pinggan casserole yg telah digris dgn mentega.
  7. taburkan kismis
  8. tuangkan susu hinggan menutupi roti tadi
  9. bakar pada suhu 180'c = 45 minit

HASILNYA :


Sos Puding Roti

  • 1 cawan susu
  • 2sudu besar mentega
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh vanila
  • 1 sudu tepung gandum (bagi kuah pekat)
  • secubit garam
masukkan semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api yg perlahan hinggan mendidih selama 3 minit.

boleh tuang kan atas puding roti yg siap tadi..



makan!

Friday, September 3, 2010

Biskut Gunting

hye..hari ni saya try buat biskut gunting,ternyata memang menjadi.
kalau tak silap saya,ini adalah kali ke 3 saya buat biskut ni.last masak biskut ni tahun 2004..perh lama dah.
memandangkan resepi dia ni sangat senang nak ingat..
jadi saya buat dan jadikan santapan ringan untuk berbuka puasa.

family saya suka sangat..haha

jom saya share resepi ni..


BISKUT GUNTING

  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
  • 1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
  • secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 110-120ml air (tuang pelan2)
  • sedikit daun kari untuk gorengan
  • minyak masak untuk digoreng.
cara-caranya :
  • Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
  • Masukan bahan kisar kedalam tepung
  • Masukkan garam, minyak dan gaulkan
  • Masukkan air sedikit demi sedikit….sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap)
  • buat bentuk bola kecil supaya mudah dicanai. Kemudian canai nipis2…& panjang.
  • Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat.
  • Potong nipis menggunakan gunting.
  • Ulang proses di step 5
  • Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
  • Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (bagi ada aroma).
  • Bila dah berubah color angkat.

siap!