Sunday, September 5, 2010

Puding Roti

Yezza..menu hari ni adalah PUDING ROTI..yummy!

Bahan :
  • 2 cawan susu (saya guna susu d.lady yang dah siap beli)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2/3 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
  • 2 sudu teh serbuk kayu manis (terpulang samaada nk guna @ tak)
  • 1/4 sudu teh buah pala (terpulang samaada nk guna @tak)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawa kismis
  • 3 cawan roti dipotong kecil atau kiub

cara buat :

  1. masukkan susu dalam periuk & panaskan atas api yg sederhana
  2. masukkan mentega dan kacau sampai cair
  3. padamkan api dan biar ianya suam
  4. satukan gula,telur,serbuk kayu manis,serbuk buah pala dan vanila.pukul sehingga sebati
  5. tuangkan susu tadi perlahan2
  6. masukan roti kedalam pinggan casserole yg telah digris dgn mentega.
  7. taburkan kismis
  8. tuangkan susu hinggan menutupi roti tadi
  9. bakar pada suhu 180'c = 45 minit

HASILNYA :


Sos Puding Roti

  • 1 cawan susu
  • 2sudu besar mentega
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh vanila
  • 1 sudu tepung gandum (bagi kuah pekat)
  • secubit garam
masukkan semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api yg perlahan hinggan mendidih selama 3 minit.

boleh tuang kan atas puding roti yg siap tadi..



makan!

No comments:

Post a Comment